Tentang Kami

Sedikit latar belakang syarikat Dunia Mandarin.

Titik Mula

Dunia Mandarin mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2020 setelah menyedari kepentingan bahasa mandarin kepada masyarakat yang ingin tahu dan mahu menutur daham bahasa mandarin.

Belajar Bahasa Mandarin Setiap Hari

Ada pepatah mengatakan, dengan menguasai bahasa asing, maka dunia berada di dalam genggamanmu. Satu cita-cita saya, seandainya di izinkan oleh Allah, saya mahu semua orang Malaysia dapat bertutur bahasa Mandarin secara menyeluruh. Semoga dengan penguasaan bahasa cina ini, banyak pintu-pintu lain yang akan terbuka. Kesatuan bangsa, dakwah, peluang pekerjaan, penguasaan ilmu teknologi, ekonomi, politik dan sebagainya.

Nur Salihah Zamri
Founder
Signature Image
Our Vision

Tujuan & Matlamat

"Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan."

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang makin dipelajari oleh semua orang di seluruh dunia. Tumpuan program-program kami adalah  untuk membantu pelajar meningkatkan 3 kemahiran penguasaan bahasa Mandarin  iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar  dan kemahiran menulis karakter bahasa Mandarin. Selain itu, kami berusaha untuk menghidupkan suasana bahasa Mandarin tanpa had masa dan tempat serta menjadi teman bicara mereka dalam apa jua keadaan yang mereka hadapi.

Penutur Asli Terbaik

Tenaga pengajar yang berpendidikan & berpengalaman dengan pertuturan asli bahasa Mandarin.

Belajar Online Mengikut Kesesuaian Sendiri

Boleh ikuti sesi pembelajaran tak kira masa dan di mana-mana saja anda berada.

Pensijilan Profesional

Peserta akan diberikan sijil penghargaan setelah menamatkan keseluruhan kursus yang diambil.