Kursus
Bǔxí Bān

Apa itu Bǔxí Bān?

Kursus Buxi Ban (Kelas Tambahan) adalah kelas yang dibuat khas untuk membahas topik-topik tertentu yang tidak di ajarkan di kelas Telegram. Kelas ini ada dua kategori: 
Buxi Ban dewasa dan kanak-kanak. Yang membezakan dua kategori di atas adalah pengisian kelas.

Bagi kategori kanak-kanak, silibusnya adalah berdasarkan KSSR BCSK. Setiap topik dibahas satu demi satu untuk memupuk kefahaman anak-anak dalam memahami sesuatu topik.
3 tujuan utama kami dalam menjalankan buxi ban kanak-kanak adalah untuk:

1- mendidik anak-anak bercakap dengan betul dan yakin

2- melatih kemahiran membina ayat ringkas dalam Bahasa Mandarin.

3- mengasah kemahiran menulis dalam Bahasa Mandarin.

Untuk kategori dewasa, topik yang disentuh adalah lebih tinggi seperti topik jual beli, karakter cina, serta tips-tips melancong ke Beijing.

Nantikan topik-topik baharu pada setiap bulan.

KELAS SECARA LANGSUNG (LIVE)

PADAT, JELAS & MENARIK

INTERAKSI DUA HALA

RAKAMAN KURSUS YANG LALU BOLEH DIBELI DI:

Our Vision

Tujuan & Matlamat

"Ilmu tanpa amal adalah kegilaan, dan amal tanpa ilmu adalah kesia-siaan."

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang makin dipelajari oleh semua orang di seluruh dunia. Tumpuan program-program kami adalah  untuk membantu pelajar meningkatkan 3 kemahiran penguasaan bahasa Mandarin  iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar  dan kemahiran menulis karakter bahasa Mandarin. Selain itu, kami berusaha untuk menghidupkan suasana bahasa Mandarin tanpa had masa dan tempat serta menjadi teman bicara mereka dalam apa jua keadaan yang mereka hadapi.

Penutur Asli Terbaik

Tenaga pengajar yang berpendidikan & berpengalaman dengan pertuturan asli bahasa Mandarin.

Belajar Online Mengikut Kesesuaian Sendiri

Boleh ikuti sesi pembelajaran tak kira masa dan di mana-mana saja anda berada.

Pensijilan Profesional

Peserta akan diberikan sijil penghargaan setelah menamatkan keseluruhan kursus yang diambil.