Titik Mula
Dunia Mandarin mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2020 setelah menyedari kepentingan bahasa mandarin kepada masyarakat yang ingin tahu dan mahu menutur daham bahasa mandarin.
Sedikit latar belakang syarikat Dunia Mandarin.
Dunia Mandarin mula beroperasi secara rasmi pada tahun 2020 setelah menyedari kepentingan bahasa mandarin kepada masyarakat yang ingin tahu dan mahu menutur daham bahasa mandarin.
Ada pepatah mengatakan, dengan menguasai bahasa asing, maka dunia berada di dalam genggamanmu. Satu cita-cita saya, seandainya di izinkan oleh Allah, saya mahu semua orang Malaysia dapat bertutur bahasa Mandarin secara menyeluruh. Semoga dengan penguasaan bahasa cina ini, banyak pintu-pintu lain yang akan terbuka. Kesatuan bangsa, dakwah, peluang pekerjaan, penguasaan ilmu teknologi, ekonomi, politik dan sebagainya.
Bahasa Mandarin adalah bahasa yang makin dipelajari oleh semua orang di seluruh dunia. Tumpuan program-program kami adalah untuk membantu pelajar meningkatkan 3 kemahiran penguasaan bahasa Mandarin iaitu kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan kemahiran menulis karakter bahasa Mandarin. Selain itu, kami berusaha untuk menghidupkan suasana bahasa Mandarin tanpa had masa dan tempat serta menjadi teman bicara mereka dalam apa jua keadaan yang mereka hadapi.
Tenaga pengajar yang berpendidikan & berpengalaman dengan pertuturan asli bahasa Mandarin.
Boleh ikuti sesi pembelajaran tak kira masa dan di mana-mana saja anda berada.
Peserta akan diberikan sijil penghargaan setelah menamatkan keseluruhan kursus yang diambil.