Laoshi(s)

Barisan tenaga pengajar Dunia Mandarin.

Teachers With Vision

Laoshi

Mari kenali laoshi-laoshi yang akan bersama anda dalam kelas nanti!

“Teachers open the doors,
but you enter by yourself.”

Berpendidikan Ijazah Sarjana dari Beijing China, selama 5 tahun mempelejari ilmu Mandarin secara mendalam dan berpengalaman dalam mengajar Bahasa Mandarin kepada lebih 2000 pelajar. Sangat komited dan bersemangat untuk membantu lebih ramai pelajar mahir berbicara mandarin dalam masa singkat.
Laoshi Salihah
Merupakan anggota yang terawal dalam penubuhan Dunia Mandarin. Berasal daripada Kelantan, mendapat pendidikan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) IPGM Tengku Ampuan Afzan serta Ijazah Sarjana Muda Kesenian Bahasa Mandarin di Universiti Beijing Foregin Studies, Beijing, China. Kini berkhidmat sebagai guru di SK Wakaf Stan, Kota Bharu
Laoshi Nur Dalia
Merupakan guru bahasa mandarin di SK Convent Green Lane, Penang. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina di Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa cina lebih daripada 3 tahun.
Laoshi Ain Najihah
Graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China dalam bidang Kesenian dan Kesusasteraan Bahasa Cina sebagai bahasa kedua. Merupakan tenaga pengajar di Dunia Mandarin selama 2 tahun dan kini berkhidmat sebagai guru mandarin di sekolah.
Laoshi Fatimah
Berasal daripada Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mendapat pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies dan juga Diploma Mengajar Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kini merupakan pensyarah bahasa cina di UITM Machang Kelantan dan tenaga pengajar Dunia Mandarin.
Laoshi Syaza Irfan
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam Kesenian Mengajar Bahasa Cina kepada Jurucakap Luar (Bachelor Degree of Arts Teaching Chinese to Speakers of Other Language) daripada Universiti Beijing Language and Culture, Beijing, China serta mempunyai Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Kini berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Mandarin di KV Temerloh, Pahang, selain sebagai tenaga pengajar di Dunia Mandarin sepenuh masa.
Laoshi Kamilah
Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina daripada Beijing Foreign Studies UNiversity, Beijing, China, selain mempunyai Diploma Pendidikan daripada KUPTM, Kuala Lumpur. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa Mandarin selama 3 tahun di Kolej Professional Mara dan 2 tahun di kolej Mandarin Bangi. Kini bekerja sebagai pensyarah Mandarin di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang.
Laoshi Hanun
Berasal daripada Pasir Mas Kelantan dan mempunyai latar pendidikan daripada (Beijing Language and Culture University, Beijing, China.) dalam Ijazah Sarjana Muda - pembelajaran bahasa cina sebagai bahasa kedua. Kini bekerja sebagai guru di Dunia Mandarin sepenuh masa.
Laoshi Afiqah
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China dalam bidang - mengajar bahasa cina sebagai bahasa kedua. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa cina lebih daripada 3 tahun. Kini berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Kuantan Pahang.
Laoshi Nazatul Azua
Pemegang ijazah sarjana muda bahasa cina daripada Universiti Beijing Foreign Studies dan mempunyai Diploma Perguruan selepas ijazah. Pernah menjalani praktikal di Sekolah ST Michael Ipoh, Perak dan kini bekerja sebagai menjadi guru sepenuh masa di dunia mandarin dari awal tahun 2021.
Laoshi Akmal
Merupakan pelajar daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China dalam bidang Mengajar Bahasa Cina sebagai bahasa kedua (Bachelor’s degrees in Teaching Chinese As Second Language). Kini merupakan tenaga pengajar di Dunia Mandarin.
Laoshi Noranggereni
Mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mengajar Bahasa Cina kepada jurucakap berlainan bahasa (Degree of Bachelor of Teaching Chinese to Speakers of Other Languages) daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing, China. Pernah menjalani praktikal di Sekolah Junjong Kedah dan kini merupakan pensyarah mandarin di UITM, Jasin Melaka.
Laoshi Faiz
Bermula daripada umur 6 tahun sudah mendapat pendidikan awal dalam bahasa cina sehingga ke tingkatan 5. Pernah mengajar sebagai private tutor untuk subjek bahasa cina di beberapa buah pusat tuisyen. Mempunyai sijil HSK dan kini bekerja sebagai tenaga pengajar Dunia Mandarin.
Laoshi Suleha
Graduan Bahasa Mandarin daripada Universiti Beijing Foreign Studies, Beijing China. Mempunyai pengalaman sebagai private tutor dan kelas online untuk beberapa tahun. Kini merupakan guru di Sekolah Nyalas Jasin Melaka.
Laoshi Farah Ain
Graduan Ijazah Sarjana Muda lepasan Management and Science University ini bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris malah juga turut fasih dalam berbahasa Mandarin. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Cina memudahkan beliau berkomunikasi dalam bahasa mandarin bersama kenalan dan orang luar. Kini aktif berkhidmat sebagai tutor dan juga seorang marketer yang hebat di sebuah organisasi di Cyberjaya.
Laoshi Arin Tiya
Guru yang berasal daripada Pasir Mas Kelantan ini mendapat pendidikan daripada Universiti Beijing China dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dan kini menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Kini berkhidmat sebagai guru di Dunia Mandarin.
Laoshi Nik Syahmi
Berasal daripada Seremban, masih bujang dan kini berkhidmat sepenuh masa sebagai guru Bahasa Mandarin di sebuah institusi awam Malaysia.
Laoshi Ahmad Yusri
Mesra dipanggil dengan laoshi Faizah. Berasal daripada Johor dan kini menetap di Jeram Selangor. Berkhidmat sepenuh masa sebagai tutor bahasa Mandarin.
Laoshi Nurul Faizah
Berasal daripada Seri Manjung, Perak, sudah berumahtangga dan kini menetap di Alor Gajah Melaka. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina di Universiti Beijing China dan bekerja sebagai tutor Dunia Mandarin disamping berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti awam di Malaysia.
Laoshi Raja Azimuddin
Bekas graduan daripada Beijing Foreign Studies University (Bachelor of Art Mandarin Language ) dan Diploma Perguruan Lepas Ijazah Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, mesra disapa sebagai laoshi Azra mempunyai pengalaman Praktikum di SK Galing, Kuantan.
Laoshi Azrafatini
Guru yang berasal dari Melaka ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda daripada Beijing Language and Culture University, Beijing dalam bidang "Teaching Chinese to Speakers of Other Language." Kini menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun dan berkhidmat sebagai guru di Dunia Mandarin.
Laoshi Hafiz Aidil
Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Mengajar Bahasa Cina Sebagai Bahasa Kedua daripada Beijing Foreign Studies University, Beijing China. Mempunyai pengalaman mengajar bahasa melayu, arab dan cina di peringkat sekolah rendah pada tahun 2015. Kini berkhidmat sebagai tutor Dunia Mandarin.
Laoshi Syazwa Najihah
Mendapatkan pendidikan Ijazah Sarjana Muda daripada Beijing Foreign Studies University, Beijing dalam bidang Bahasa Cina serta Diploma di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam. Pernah menjalani praktikal sebagai Guru di Sekolah Kebangsaan Wawasan di Parit Buntar Perak. Kini laoshi Fauzi merupakan guru di dalam Dunia Mandarin.
Laoshi Ahmad Fauzi
Guru yang berasal daripada Pahang ini merupakan bekas graduan sarjana muda daripada Beijing Universiti dalam bidang Kesenian Bahasa Cina. Kini berkhidmat sebagai tutor sepenuh masa sambil menyambung pengajian di Institut Pendidikan Kampus Guru Afzan, Pahang.
Laoshi Nabilah